CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Tuesday, December 23, 2008

"MAAFKAN SAYA..." SUSAH SANGAT KE?


Amalam meminta maaf atau memaafkan adalah satu amalam yang besar manfaatnya sehingga mampu mengubah nasib seseorang.Walaupun ada yang hanya mengaitkannya di ketika hari raya sahaja. Belajarlah meminta maaf dan menjadi pemaaf.



  • Meminta maaf boleh diluahkan dengan macam-macam cara, idak semestinya hanya dengan kata-kata. Membelikannya bunga atau hadiah juga boleh dijadikan sebagi salah satu cara menyalurkan kata-kata maaf itu.

  • Perkataan maaf tidak akan memberi apa-apa makna jika kamu melafazkannya pada ketika si dia sedang marah atau bengang. Justeru, ambil masa seketika. Beri ruang untuk dia bertenang sebelum kamu membuka mulut menerangkan keadaan sebenar.

  • Jika tidak tahu mengatur kata-kata, gunakan kaedah sms atau emel untuk meluahkan rasa kekesalan dan meminta maaf.

  • Jangan menoktahkan ayat selepas ucapan maaf.Teruskan dengan ayat lengkap untuk mengukuhkan lagi sebab dan kemestian maaf kamu itu diterima.Ini bagi mempengaruhi si dia untuk menyakini kata-kata kamu itu.

  • Maaf tidak semestinya diucapkan pada waktu bersalah sahaja.Jika dalam keadaan yang masing-masing keliru mencari salah siapa, ambil inisiatif untuk kamu mulakan ucapan maaf itu. Percayalah selepas itu mesti si dia juga akan turut lembut hati dan mencari salahnya juga.

  • Jika rasa tiada kepentingan untuk memohon maaf, fikirkan sejenak orang di sekeliling kamu yang akan terkena impaknya jika hubungan kalian menghadapi ketegangan. Mungkin kedua ibu bapa yang mengharapkan kamu bersatu,rakan-rakan yang banyak membantu atau sesiapa yang kamu sayangi.

  • Maaf itu lebih bermakna jika disusulli dengan sentuhan tangan yang berjabat atau senyuman manis yang berukir. Janganlah pula meminta maaf sekadar melepaskan batuk di tangga. Mulut sahaja maaf sedangkan kedua-duanya tidak bertentang mata.

  • Menggunakan orang tengah untuk menyampaikan maaf juga boleh dipratikkan jika tiada jalan lain lagi yang boleh kamu fikirkan. Namun pastikan orang tengah itu jenis yang boleh di percayai dan tidak menokok tambah.

  • Bagi kamu yang memohon pula, jangan belagak dan cuba bersikap keras hati. Terimalah kemaafan itu,sama ada akan mengulangi atau tidak itu perkara lain.Apa yang penting tugas kamu memaafkannya sudah selesai.

  • Jika kamu lebih baik hati , selepas dia meminta maaf tidak salah jika kamu juga mengucapkan perkara yang sama.Ini akan lebih meruntun hatinya dan menyegarkan kembali hubungan.

  • Dan lagi selepas meminta maaf, jangan diulangi kesalahan yang sama.Jangan ambil kesempatan dengan kelembutan hati orang.