CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Thursday, November 20, 2008

KAWAN ATAU KEKASIH ??


BAGAIMAN LELAKI MEMBEZAKAN KAWAN WANITA DAN TEMAN WANITA?ADAKAH TERDAPAT PERBEZAAN DALAM CARA LELAKI MELAYAN MEREKA?


CARA PERTUTURAN

Ada orang lelaki yang akan berbual dengan wanita secara lemah-lembut.Kononnya semulajadi.Biasanya perkara ini tidak disengajakan tapi boleh juga ia sesuatu yang tersengajakan.Dengan kawan perempuannya pun dia bermanja-manja dan bersayang-sayang di telefon atau sms dan kadang kala kita susah untuk mengenal pasti dengan siapa dia berbicara dengan kawan atau kekasih?PAsti teman wanita akan berasa kurang selesa mendengar perbualan telefon sebegitu dan kawan-kawan perempuannya pula bakal tersalah tafsir.


MENGHABISKAN WAKTU BERSAMA

Memanglah nama manusia menghabiskan masa bersama kawan dan orang tersayang tapi bagaimana pula jika seorang lelaki lebih banyak menghabiskan masa bersama kawan perempuannya berbanding teman wanitanya sendiri?Siapa tak cemburu dan siapa yang tak marah?Dan itu mampu membuatkan kawan wanita mereka serba salah dan bagi yang tidak merasa serba salahnya,mereka adalah jenis perempuan yang suka mengambil kesempatan.Namun jika perasaan terhadap lelaki tadi banyak yang terjadi.Kalau si kawan sudah menyalah anggap layanan daripada kawannya tadi dan mula menyimpan harapan untuk menjalinkan hubungan cinta,alamat rumitlah keadaan.


MEMBELIKAN HADIAH

Alangkah bertuah dan bagusnya jika mendapat seorang lelaki yang rajin malah gemar memberikan hadiah.Tapi kalau hadiah senang diberikan kepada kawan-kawan perempuannya mungkin akan timbul salah paham di antara si lelaki dan kekasihnya atau lebih parah lagi hadiah buat kawan-kawan semuanya mahal dan berjenama tapi hadiah buat kekasih murah dan tak berkualiti.


MEMENTINGKAN KAWAN DARI KEKASIH

"Eh,cepat la saya dah janji ngan member ni!" Apakah reaksi wanita jika teman lelakinya berkata begitu kepada dirinya?Lebih-lebih lagi apabila si dia ingin sangat jumpa member dia tu adalah seorang perempuan!!!Pasti cemburu habis.Lelaki yang seperti ini perlu tahu membezakan kawan dan kekasih.Sungguh pun kawan tadi seorang kawan karib tapi adakah dia sanggup menyakitkan hati orang yang di cintai?Kalau benar sayangkan kekasih takkan sampai begitu?Melainkan kalau dia sebenarnya bermain kayu tiga.Nah ini dah jadi cerita lain.Kisah lelaki gatal yang tak cukup satu!!Jangan sampai yang dikejar tak dapat yang dikendong tercicir.


SERING MEMBANDINGKAN KAWAN DAN KEKASIH

Perbuatan ini pasti sangat menjengkelkan.Masakan tiap kali kekasihnya melakukan sesuatu dia bandingkan perilaku kekasihnya dengan kawan perempuannya.Daripada perkara yang paling kecil dan remeh-temeh hinggalah yang paling besar semuanya dibezakan dan dipertikaikan.Tiada teman wanita yangmahu mendengarnya teman lelakinya merungut kata-kata seperti "Awek orang lain xmacam u.Semua nak amik tau.Semua nak menyibuk."Kasihan.


LAYANAN ISTIMEWA

Walaupun kita lebih terbuka zaman sekarang,namun ini tidak bermakna anda boleh berpeluk-pelukan dan sama-sama berbaring dengan kawan-kawan perempuan anda.Mungkin di barat ini suatu perkara biasa.Di sana,teman wanita mungkin boleh melihat kekasihnya berpelukan dan bermanja dengan seorang wanita lain sekiranya wanita itu sahabat karibnya tapi janganlah kita lupa ini Malaysia bkn U.S.Namun perasaan syak wasangka juga mingkin timbul.Apalagi di negara kita berlaga pipi saja dah heboh satu dunia.Jadi para jejaka kalau kekasih kurang suka melihat atau mendengar kemesraan diantara kamu dan member-member yang bermanja-manja,berdarling darling dengan member perempuan lain (biarpun dia sahabat terbaik didunia dan akhirat),janganlah lakukannya.Bagi perempuan pula,jagalah adab kamu,jangan pula kamu dicop sebagai piahk yang merosakkan hubungan orang (senang digelar sebagai PERAMPAS).Jagalah hati si dia.

Wednesday, November 19, 2008

10 ANGANAN HATI WANITA TERHADAP LELAKI


  1. "Kami mahukan lelaki yang menjadi pendengar yang prihatin dan sedia.Lazimnya,kerana sifat lelaki yang sering ambil ringan luahan atau bicara kami menjadi punca kami membebel atau mengomel.Jadi jangan sewenangnya menuduh kami sebagai juruhebah tidak bertauliah sedangkan lelaki tidak pernah sedar akan kesilapan mereka."

  2. "Sebagai pasangan berikan kata-kata semangat dan pujukan penuh nasihat kepada kami tatkala berhadapan dengan sebarang masalah.Itu lebih bermakna berbanding membiarkan kami bersendirian atau meminta perhatian daripada teman-teman sebaya yang lain."

  3. "Duhai lelaki, berikan kami sedikit hak kebebasan memilih atau membuat keputusan dalam memenuhi keinginan hati."

  4. "Jangan terlalu pantas membuat penilaian atau mempertikaikan apa yang kami lakukan tanpa pertimbangan akal yang wajar."

  5. "Isu ketampanan wajah atau rupa boleh kami mempertimbangkan sekiranya lelaki cermat dalam soal kebersihan diri,kelihatan sopan dan mempamerkan keperibadian yang menyenangkan."

  6. "Kami lebih menyenangi kehadiran lelaki yang tidak terlalu berkira dengan wanita sepertimana lelaki tidak berkira ketika bersama teman-temannya."

  7. "Fikirkan juga rutin kehidupan kami yang bekerjaya.Sikap timbangrasa dan memahami amat kami hargai.Apa salahnya jika menjadikan warung makan sebagai dapur kedua jika masing-masing kelewatan dan keletihan."

  8. "Wanita juga perlukan masa bersosial dengan teman sebaya,menikmati dan meraikan hidup sama sekali seperti lelaki.Tolong singkirkan rasa cemburu buta dan yakinlah perasaan kami kepada anda."

  9. "Cuba bayangkan makhluk bernama lelaki tanpa sifat baran,suka memberontak atau suka membantah sebaliknya menuruti,memahami dan memenuhi impian kami sebagai pasangan."

  10. "Kami memerlukan lelaki yang kami cintai menjadi pencinta yang setia,tidak mudah berpengaruh dengan anasir negatif lelaki negatif ataupun kawan perempuan yang suka memburukkan teman wanita kerana lelaki lebih memahami siapa teman wanitanya serta bertanggung jawab melindungi dan menjaga perasaan kami.Kami amat menghargainya."

Tuesday, November 18, 2008

9 TAKTIK RAMPAS SI DIA



JANGAN CARI DIMANA KESILAPAN KAMU.YANG PENTING KAMU MESTI BANGUN MENAKLUKI SEMULA HATINYA DARIPADA GENGGAMAN SI PERAMPAS ITU!






  1. Pupuk minat dan turut serta dalam hobinya.Mungkin agak membosankan jika kamu terpaksa menemaninya menonton perlawanan bola tetapi apa salahnya sesekali kamu bersikap hipokrit.Ikutilah serba sedikit perkembangan bola agar kamu boleh turut berkongsi minat dengannya.

  2. Tamabahkan pengetahuan tentang kerjaya dan topik yang gemar dibincangkan si dia.Jika si dia suka membincangkan tentang dunia politik, buat-buat minat mendengar hujahnya dan beri pendapat kamu setakat yang termampu.Begitu juga tentang kerjaya.Ambil tahu bidang dan tugasan beliau.

  3. Jika si dia seperti mahu tidak mahu sahaja dengan kamu, jangan merepek.Sebaliknya,tunjukkan kematangan dan profesional kamu dalam mengawal keadaan.Ini bagi mengelakkan si dia mencari salah dan silapmu.Banyakkan bersabar dan bertolak ansur agar semuanya keadaan baik.

  4. Segarkan kembali ingatannya terhadap perkara-perkara romantis yang pernah kamu lalui bersama semasa hangat bercinta dulu.Contohnya,menyimpan tiket wayang yang pernah ditonton bersama atau tunjukkan semula gambar-gamabar yang pernah dirakam dulu.

  5. Sentiasa tampil menawan dan tonjolkan kelebihan diri.Pastikan kamu sentiasa menjaga ke arah kamu tentu si dia cemburu.Beritahu juga yang kerja kamu mendapat pujian bos.Ini bagi membuka mata si dia tentang kehebatan kamu.
  6. Jalinkan hubungan baik bersama ibu,adik atau teman-temannya.Cara ini sebenarnya paling bijak mengikat si dia agar tidak mensia-siakan kamu.Ini disebabkan kamu terlalu rapat dengan orang yang dia sayangi.Jika dia menyakiti kamu,samalah seperti dia menyakiti insan-insan yang di sayangi itu.
  7. Walaupun mungkin terpaksa menipu tetapi apa salahnya jika kamu katakan yang kononnya ada seorang lelaki di tempat kerja seperti menyukai kamu.Pada masa yang sama katakanlah yang akmu tidak mungkin tergoda kerana kamu seorang yang setia dan tidak mungkin berlaku curang.Tentu si dia akan terasa pedasnya.
  8. Sentiasa bersedia menghulurkan bantuan.Misalnya si dia terlupa membeli hadiah hari jadi kawannya,telefon si dia dan katakan yang kamu akan membelikan untuknya.Bantulah apa yang terdaya.Buat si dia terhutang budi dengan kamu.Pada masa yang sama,dia akan rasa selamat jika kamu disampingnya.
  9. Buat kejutan untuknya.Mungkin selama ini,hubungan cinta kamu berjalan mendatar dan membosankan.Lelaki sentiasa mahukan sesuatu yang segar dan tidak terduga dari kamu.Mungkin hadiah sepasang kasut but dr nike yang diidamkan selama ini. Adakala cinta juga perlukan pengorbanan dan pelaburan.Kalau selama ini asyik dia saja yang memberi kamu patut fikirkan.

10 THINGS I HATE ABOUT YOU


I hate the way you talk to me

And the way you cut your hair

I hate the way you drive my car
I hate it when you stare

I hate your big dumb combat boots

And the way you read my mind

I hate you so much it makes me sick

It even makes me rhyme

I hate the way youre always right

I hate it when you lie

I hate it when you make me laugh

Even worse when you make me cry

I hate it when youre not around

And the fact that you didnt call

But mostly I hate the way I dont hate you

Not even close not even a little bit not even at all

Monday, November 17, 2008

BERMAIN KAYU TIGA?? LAMBAT LAUN KETAHUAN JUA




SEPANDAI-PANDAI TUPAI MELOMPAT AKHIRNYA JATUH KE TANAH JUA. PUITIS SEKALI ORG KITA ,KAYA KIASAN DAN METAFORA. NAMUN, KERANA SERING BERKIAS-KIAS DARI SITULAH KITA TAHU ORANG MELAYU INI MEMANG TIDAK PANDAI BERCAKAP SECARA TERUS TERANG. SEGALA-GALANYA HARUS DISOROKKAN DAN DISEMBUNYIKAN.NAH, BERCAKAP FASAL MENYOROK DAN MENYEMBUNYIKAN INI, ORANG MELAYU JUGA AGAK ARIF DALAM PERKARA INI TETAPI BELUM LAGI BENAR-BENAR MENGUASAI TEKNIKNYA.TAPI RESAM KITA DI DUNIA, SUKA MENCUBA YANG SUSAH DAN BERBAHAYA.TAK CUKUP SATU MAHUKAN DUA. KALAU DAPAT HENDAKKAN TIGA!BEBERAPA PEMBAYANG BUAT MEREKA YANG MERAGUKAN KESETIAAN KEKASIH MASING-MASING.ARE YOU REALLY APRIL'S FOOL?ADAKAH ANDA DIDUAKAN ATAU DITIGAKAN?



SERING MUNGKIR JANJI

  • Sedangkan dalam agama sendiri kita di ajar bahawa, orang yang mungkir janji sama sekali tidak boleh dipercayai .Kalau Tuhan sudah warkahkan amaran ini, ambillah perhatian.Apabila sudah mula memungkiri janji, selidiklah sebab munasababnya.Lelaki mahupun wanita, semuanya mampu menipu dan memungkiri janji.Orang yang setia pada cinta akan kotakan janjinya.Melainkan ada agenda tersembunyi.Kenapa tiba-tiba dia jadi begini?Pasti ada kisahnya.Itu tugas anda untuk menyoal-siasat.

BANYAK BERALASAN

  • Pada mulanya, dia mungkir janji dan sekarang setelah gagal mengotakan dia taburkan segunung alasan.Orang yang curang pasti bijak berhujah-madah kalau tidak pecah tembelangnya nanti.Pasti dapat mengecam sekiranya kekasih anda menipu apabila dia mula memberikan bermacam-macam alasan yang aneh dan pelik untuk setiap pertanyaan yang diajukan.Cerita-cerita basi seperti bateri abis,terlupa...,i was very busy,dan sebagainya akan sering keluar dari mulutnya.Terpulang pada diri anda untuk mempercayai atau tidak tapi berhati-hati.

PERCANGGAHAN FAKTA

  • Setelah termungkir janji, alasan dipersembahkan namun entah mengapa alasan yang diberikan sering bercanggah.Semalam dia kata lain, hari ini lain lagi.Yang mana satu yang benar?Oranf yang berbohong biasanya akan terlupa apa yang dibohongkan.Itulah kuasa tuhan.Apabila terperasan bahawa alasan yang diberikan kerap sekali bercanggah dengan kenyataan-kenyataan yang diberikan sebelum ini,tolonglah berhati-hati.Sebaik mana pun orangnya, dia mampu memberikan kejutan yang kurang menyenangkan.Air yang tenang disangka tiada buaya!

GUGUP BILA DIAJUKAN PERTANYAAN

  • Oleh sebab dia suka beralasan, pasti anda sering di ajukan pertanyaan.Tapi jika dia menghadapi kesukaran untuk menjawab soalan-soalan dengan cepat dan tenang.Kemungkinan besar dia sedang menyembunyikan sesuatu.Kalau dia sering gugup semasa menjawab dan terpinga-pinga tatkala hendak mengeluarkan jawapan kepada soalan anda.Siasatlah dengan segera.Takkan soalan biasa pun pun sampai tergagap-cungap hendak menjelasakannya.Melainkan memang ada rahsia yang perlu dibongkarkan.

KERAP LEWAT

  • Lewat untuk temu janji, lewat pulang ke rumah, lewat ke kelas atau lewat ke pejabat.Pendek kata lewat untuk segala-galanya.Ke mana dia pegi dan apa yang dia lakukan?Soalan demi soalan bermain-main di benak fikiranmu.Perkara seperti ini tidak boleh dibiarkan begitu sahaja.Lagipun anda bukan nak menyibuk cuma bimbangkan kekasih.Adakah dia perlukan bantuan,adakah dia sakit atau apa?Itu saja kalau dia tidak apa-apa yang ingin diselindungkan dia tidak takut untuk memberitahu perkara sebenar.Kalau benar kelewatan yang sering berlaku ini.Harap-harap sebabnya tidak mengecewakan.

SUKAR UNTUK DIHUBUNGI

  • Tiap kali anda mendail nombor telefonnya dia tidak menjawab.Tiap kali anda ke rumahnya dia tiada dan bila bertanya kepada ahli keluarganya serta rakan-rakannya,semua mengatakan yang mereka tidak tahu dia dimana?Tidakkah timbul kemusykilam di pelosok hati?Kenapa susah sangat untuk menghubungi kekasih sendiri.Lebih mencurigkan bila dia berikan alasan lain seperti dia tidak ada telefon.Sampai begitu sekali.Come on,you are not that stupid or are you?Memang benar kerana cinta,mata hati pun rasa menjadi buta tapi janganlah terlalu mudah mempercayai.Berfikir lah sedikit.Logik atau tidak kekasih sendiri bagi alasan sebegini pada zaman teknologi yang serba moden dan canggih ini?Fikirkan.

KAWAN BIASA

  • Semenjak kebelakang ini,dia banyak menghabiskan masa besama seorang kawan.Setiap kali anda tanya dengan siapa dia makan tadi,dia kata dengan kawan.Malah hampir semua perkara dia lakukan dengan kawan ini.Apa yang hendak kamu cemburukan?Menurut buah hati kamu, itukan seorang kawan biasa sahaja?Atau mungkin juga tidak.Bila anda sudah mula berasa syak wasangka,berikhtiar lah untuk mencari jawapannya,supaya hilang rasa ragu-ragu itu.Memang tidak salahnya berkawan.Kadang kala bukan dia yang menggoda tapi dia yang digoda oleh kawan tersebut.Sungguhpun begitu,bertepuk sebelah tangan tak mungkin berbunyi, jadi kalaupun kekasihmu diburu seseorang dia haruslah pandai mengelak dan bukan mengambil kesempatan.

Tuesday, November 11, 2008

WALAUPUN DIA BEGITU,KAMU MASIH SAYANGKAN DIA


TIADA MANUSIA YANG SEMPURNA.SEMUANYA SERBA
KEKURANGAN BAIK LELAKI ATAUPUN PEREMPUAN.APAKAH
PERANGAI WANITA YANG LELAKI KURANG SENANGI DAN
MENYAMPAH?

Memang benar, tidak ada manusia yang sempurna.Tuhan menjadikan kita dengan beberapa kekurangan namun kita masih boleh meneruskan hidup tanpa kesempurna sejati.Lagipun, dunia ini akan hilang tarikannya jika semuanya sempurna.The world would be so boring if everything was perfect.Ada beberapa stereotaip tentang wanita yang malas dilayan para jejaka.Apakah di antara perkara-perkara tersebut?

MEMBEBEL DAN BERLETER

  • Satu dunia tahu tentang kehebatan wanita membebel.Oh, sebaris ayat shaja kadang kala sudah boleh menghiris kepingan tentang lelaki.Agak misteri fenomena ini tetapi tiada siapa yang tahu dari mana datangnya sifat tersebut.Biarpun masalah yang ingin di bualkan kecil dan sama sekali tidak mengganggu paksi bumi, orang perempuan pasti berjaya menjadikannya satu kes besar sehingga kecoh satu dunia.Mereka tidak akan berhenti mengulanginya selagi penyelesaian belum ditemui.Rimas juga jika terpaksa berhadapan dengan leteran bebelan sepanjang hari.

KUAT MERAJUK

  • Wanita memang istimewa dicipta Tuhan begini. Mereka sangat sensitif dan amatlah mudah tersinggung.Kadang-kadang mereka merajuk tak bersebab dan kita orang lelaki bingung berfikir.Apa yang telah aku buat? Tiba-tiba sahaja dia marah atau lebih aneh menangis.Adakah aku tersalah kata?Ini susah untuk dibendung kerana orang perempuan selalu menganggap yang lelaki perlu tahu sendiri tanpa mesti diberikan penjelasan.Seringkali lebih mudah buat si lelaki untuk meminta maaf sahaj walaupun tidak tahu apa kesalahannya.Barangkali,inilah satu-satunya cara untuk satu-satunya cara untuk mengelak dari kekasih terus merajuk.

SYAK WASANGKA DAN BURUK SANGKA

  • "Knp tak angkat telefon?Awak keluar dengan perempuan lain ya?".Begitu sempat kita berikan penerangan, dia sudah berfikir yang bukan-bukan.Biasalah, wanita juga terkenal sikap insecure mereka. Mudah sekali mereka syak wasangka. Jika pulang lewat atau apa sahaja terjadi, fikiran mereka memberikan gambaran yang lain.Ya, mungkin juga kerana lelaki terkenal dengan sikap curang mereka. Tapi, bukan semua lelaki begitu. Jika dia benar-benar sibuk atau keretanya rosak bagaiman? Orang wanita perlu lebih tenang dan jangan terburu-buru dalam menuduh atau mengeluarkan kata-kata.

MEMBAZIR

  • Naluri berbelanja orang wanita agak susah untuk dibendung. Semuanya cantik dan semuanya mahu dibeli.Alamat susahlah orang lelaki yang berpendapatan rendah dan mempunyai kekasih yang kuat membazir. Sedangkan lelaki kaya pun mengeluh bila pasangannya seperti ini, apalagi mereka yang tidak berduit dan kurang berharta.Bagaimana hendak menghalang wanita berbelanja?Mereka sukakan benda-benda yang mahal berharga,emas,berlian,intan dan permata.Sabar sahajalah lelaki semua.

GOSIP BERJANGKIT

  • Hobi wanita yang ini merupakan antara yang paling menarik.Berita boleh tersebar lebih cepat dari media antarabangsa di kalangan wanita,apalagi wanita zaman sekarang.Dari jiran ke jiran,pejabat ke pejabat,telefon bimbit ke telefon bimbit sungguh cepat informasi di kongsi.Bila di fikir-fikirkan, hebat juga ya?Buat penat sahaja kita membaca majalah membelek surat khabar dan menonton televisyen.Rupa-rupanya lebih bagus kalau kita dengar je gosip-gosip mak cik-mak cik seblah rumah. Mereka tahu apa yang orang lain tidak tahu.

SUKA BUAT LELAKI MENUNGGU

  • Setiap kali di jemput, mereka jarang sekali on time.Pasti masih ramai bertanya apa yang mereka lakukan berjam-jam di dalam bilik mandi atau di depan cermin.Masakan membega muka berabad lamanya?Masa itu emas sayang.Jangan lah kau biarkan buah hati mu menunggu.Jenuh rasanya.Tapi nampaknya begitulah.Wanita memang suka mengambil masa yang lama,tidak kira di mana mereka berada.


Friday, November 7, 2008

BERHARGA KE AKU???


Bila kita syg org tu
Kita terima je apa yg org tu kata
Tp bila dia kata kat kita?
Hati kata takpe manusia tak perfect....

Bila kita syg org tu
Kita tnggu dia lame pn x pe
Tp bila dia tnggu kita??? dia mrh²
Hati kata ala, adatlah ada yangmenunggu n dtnggu....

Bila kita syg org tu
Kita x tdo pn x pe layan dia yg tgh bosan,
Tp bila kita bosan
Ada dia lyn kita?Hati kata x pe dia busy kot.....

Bila kita syg org tu
Kita gaduh ngan dia, kita diam je
Tp dia heboh 1 dunia
Hati kata x pe, dia tension tu.....

Bila kita syg org tu
Kita call nak ckp ngan dia
Tp dia bg phone kat org laen
Bila jd cm2, x pe
Hati kata, x pe, lyn je, kwn dia, kwnkita gak....

Bila kita syg org tu
Kita bercerita dgn dia,ibarat crita ngan tunggul lg baik
Tp bila dia bercerita ngan kita
Kita dgr, sepatah2 kite ingt
Hati kata x pe syg la katakn...

Bila kita syg org tu
Kita n dia lapar
Tp kita bg sume roti kita kat dia
Hati kata, ala jagalah hati dia, sian dia...

Bila kita syg org tu
Kita sanggup bg dia rest bila dia letih,
Tp bila kita letih, dia suruh jugak
kita layan dia bila dia bosan
Adil ker?Hati kata, ala bukan selalu pun..

Bila kita syg org tu
Kita jadi cam org gila apabila dengar dia sakit,
Tp bila kita sakit,
Dia siap kuar ngan kwn2 dia meraikan hari kesakitan kita,
Hati kata, ala x pe, x kn dia nakberkepit ngan kita 24 jam....


Bila kita syg org tu
Kita x prnh pentingkan diri sndri
Tp dia hpokrit tahap gaban
Hati kata x pe, dia mmg cm2 kene lah trima..
Bila kita syg org tu
Kita syg nk tngglkn dia slama2nya
Tp dia x tahu kita berdpn dgn maut,
Wlpn kita skt,dia kata kat kita,sakit bese2 jer, jgn nk mengarut
Hati kata, cmnelah dia bila kita xdemsti dia hepi....

Bila kita syg org tu
Kita x snggp tngk dia derita
Tp dia x prnh hargai diri kita,
Hati kata, tau x btapa kita syg kan dia????

Bila kita syg org tu
Kita snggup tinggalkan dia selama2nyauntk dia bahagia
Tp adakah dia tahu pengorbanan yg kitalakukan itu???..


fikir2kanlah...

Wednesday, November 5, 2008

7 PERKARA LELAKI PERLU PAHAM TENTANG WANITA




TERKADANG SEJUK SEPERTI AIS.TERKADANG PANAS SEPERTI VOLKANO YANG BARU MELETUSKAN LAHAR APINYA.WALAU APA JUA KONOTASINYA, LELAKI KAMU PERLU FAHAM PASANGAN KAMU.


"Mengapa teman wanita suka bergayut berjam-jam lamanya?"
  • men & woman have completely opposite ways of approaching the phone. satu kajian menunjukkan lelaki lebih selesa membuat panggilan telefon dgn kerap atau dalam kata lain menjadi pemanggil yg produktif tetapi mengawal perbualan dgn penjimatan kata2 kerana lelaki beranggapan cara itu lebih mengesankan apabila memancing cinta.wanita pula dikatakan memiliki cakupan topik yang lebih luas.bayangkan jika wanita mahu bercerita tentang segalanya-daripada kasut,kisah artis, makanan, rambut,lipstik dan teman lelaki! maka usah hairanla jika wanita akan mengambil masa yang amat lama utk satu2 perbualan telefon.wanita percaya keintiman menerusi telefon merupakan salah satu kaedah terbaik utk mempertahankan perhubungan.benar atau tidak ??tepuk dada tanya selera.

"Mengapa wanita suka bergosip?"

  • tidak suma wanita suka bergosip sebnrnya.selebihnya wanita pasti akan menjawab "saya punya sbb utk berckp kerana saya perlu tahu apa yang sedang berlaku di sekeliling saya!" ingat, wanita sememangnya dibekalkan naluri suka mengorek rahsia, juga keinginan utk menggali dan mencari sesuatu yang tersembunyi drpd berpuas hati dengan melihat permukaannya saja.

"Mengapa pasangan saya cemburukan kawan wanita saya?"

  • selalu menjadi persoalan kenapa. isu ini adalah tentang kepercayaan si wanita terhadap pasangannya. jealousy adalah manifestasi tidak sengaja yang tercetus drpd rasa kasih dan sayang seorang wanita terhadap pasangannya. kerana tidak percaya dgn lelaki dan kerana fikirannya selalu memikirkan tentang masa si lelaki yang 'dicuri' oleh kawan2 wanitanya di pejabat-maka kerana itulah cemburu terbenih.pabila sudah cemburu, she wants to control you!

"Mengapa wanita selalu berleter?"

  • wanita berleter kerana itu adalah medium utknya melampiaskan sepenuh perasaan kepada si lelaki. Malah banyak wanita mengakui, mereka terpaksa berleter kerana itu saja caranya utk menembusi tembok ego lelaki yang enggan mendgr nasihat, enggan meminta pendpt malah enggan juga mengakui kesalahan diri sendiri!.

"Mengapa wanita jengkel kala lelaki keluar minum dengan kawan2?"

  • memang adat wanita jengkel dan tidak senang duduk jika lelaki keluar minum hu-ha-hu-ha-hu-ha dengan kawan2nya pd waktu malam. xkisah la walau utk teh tarik.wanita sebnrnya mengantar isyarat "Jangan tinggalkan saya!" jadi, apa kata peruntukan sedikit masa utk membawa wanita keluar makan sekali sekala.

"Mengapa wanita kuat berbelanja?"

  • tidak seperti lelaki , wanita memerlukan 10 pasang kasut utk disesuaikan dengan aktiviti sosialnya dan wanita juga memerlukan 10 helai coli utk disesuaikan dengan warna celana dalamnya.namun lelaki harus diingat, wanita adalah pemegang kunci perbelanjaan dapur dan wanita la orgnya yang menata masa depan rumah drpd soal langsir, alas meja, sofa hinggala pasu bunga!.

"Mengapa pasangan lelaki tidak berapa rapat dgn family saya,terutama mak lelaki?"

  • tidak ada ibu mentua yg tidak gembira menerima menantunya yg baru.namun apabila ia terjadi kpd seorg wanita tua yang perlu menerima kehadiran seorg wanita br dlm idup anak lelakinya, maka fasa pertukaran kasih sayang pasti akan berlaku. di sini la first exchange yg unik akanterjd. perasaan khuatir atau takut dilihat sebagai perampas takhta atau controller baru adalah perkara lazim kepada seorg menantu wanita. jadi tidak hairan ada setgh2 takut2 utk mendekati mentuanya sendiri.

SEMPURNAKAH???


kadang2 bila dgr lagu sempurna nyanyian Andra & the blackbone.hati ni terusik dgn liril lagu nie.kita mengidam org yang sempurna dalam idup kita tp bila kita dpt kita ada kelebihan lain.kita menerima kelemahan die.walaupun berkali2 die berkata utk cb berubah tp perubahan tue utk sementara.walau berkali2 menegur kesalahan ttp pada seorg perempuan.knp lelaki zaman skrg mcm nie??die xpenah mengaku kesalahan diri sendiri dan menyalahkan org yang disekeliling.menjadikan die sebagai salah seorang mangsa keadaan.menjadikan orang lain sebagai punca die berubah or melakukan benda2 yang kurang manfaat hingga mampu merosakkan diri sendiri.womanizer,kini lelaki skrg lebih suka bermain mata dengan banyak perempuan tp yang kekal dalam hati die seorang saja.berbaloi kah dengan apa yang die dpt?xkan die xpenah rasa takut kehilangan satu2 benda yang berharga bg diri die.lelaki selalu diberi pingat sebagai seorang yang tidak mempunyai perasaan.tp bila kehilangan,berjanji bagai satu dunia nak tgk die berubah,die mengotakan janji.mmg lelaki berbangga dengan apa yang die buat tp die berbangga ke apa yang ada terjadi di kemudian hari?dapat ke die blk apa yang die ilangkan??

14 Perkara Yang Wanita Inginkan Tetapi Tidak Mahu Mengaku Yang Mereka Mahukan



  • Bos yang mengerti masalah rambut adalah kecemasan

  • Mengetahui lanjut kisah-kisah peribadi mengenai rakan-rakan wanita yang lain

  • Kejatuhan setiap "RATU POPULARITI" yang mereke kenali

  • Cincin berlian yang teramat la besar

  • Betis yang kurus dalam masa 30 saat bkn 30 hari

  • Kuasa segala Kuasa

  • Kekasih yang sedia maklum dan tidak perlu memberi arahan

  • Lebih suka cheese cake dari ulam dan buah

  • Menjadi bagus atau lebih baik dari ibu sendiri

  • Kasut yang kelihatan seperti Manolo,tetapi selesa seperti Nike namun harga seperti Payless

  • Dianggap wanita yang pandai berfesyen dan menjadi contoh pada semua

  • Duit yang begitu banyak sehingga die mampu menabur separuh daripadanya dan kemudian membelanjakan yang separuh lagi tanpa rasa serba salah.

  • last...buah dada yang mengecil bila dia berpakaian dan membesar bila dia berbogel.

hi !!

saya br disini
saje bukak blog nie
kadang2 kita ada benda nak diluahkan
tp bila kita pendam ia menjadi sebuah dendam
komen la