CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Tuesday, May 12, 2009

10 CINTA TERLARANG


  • Umpama paku lekat di papan, demikianlah intimnya jiwa dan perasaan pasangan bercinta. Berbahagialah mereka yang celik kepada yang molek kerana tidak semua impian cinta menjanjikan bahagia. Jauhi 10 cinta terlarang yang akan mengundang derita dan sengsara jiwa.

    1.Cinta kekasih orang
    Menjalinkan hubungan dengan milik orang ibarat sengaja menperjudikan hati dan perasaan sendiri. Apatah lagi jika anda diletakkan sebagai pilihan kedua? Risiko anda menjadikan boneka tempat melepaskan kesepian juga amat tinggi. Malah, jika hubungan anda dan dia dapat dihidu dan dijejaki kekasihnya,pasti perang dunia ketiga akan meletus. Elakkan menyandang gelaran orang ketiga , perampas atau seumpamanya kerana sesungguhnya , manis percintaan hanya seketika Cuma, pahit dan sakitnya saja akan berkekalan lamanya.

    2.Cinta waris
    Ada ibu bapa yang mahu merapatkan kembali hubungan kekeluargaan dengan menjodohkan cinta anak2 dengan sepupu mereka sendiri atau yang seumpamanya. Kononnya, enggan pertalian darah dan harta warisan turun-menurun jatuh ke tangan keturunan lain. Urusan penyatuan juga mengenali dan merasakan bahawa pilihan dan pendapat tersebut amat tetap. Fikirkan kembali jika perhubungan yang terjalin kurang Berjaya seluruh keluarga dan keturunan menjadi bahan umpatan dan cerita. Bukan sekadar hati dan jiwa diruntun sengsara, malah , sengketa keluarga menjadi warisan sampai bila2.

    3.Cinta tikar ganti
    -Ada terjadi situasi di mana ada individu yang menjalinkan hubungan cinta dengan sahabat bekas kekasih. Ada baiknya andan menjalikan hubungan cinta dengan individu baru yang tiada kaitan langsung dengan bekas kekasih. Mengapa? Ini mengelakkan situasi kurang senang terus berlarutan dan memastikan tiada krisis baru yang lebih kritikal dan rumit membebani diri anda. Tanyakan pada diri, mahukan anda melihat si dia mengorbankan ikatan persahabatan semata-mata kerana cinta yang terjalin? Sudahlah si dia kehilangan anda, kini si dia turut menanggung beban kehilangan sahabat sejati . fikirkan...

    4.Cinta kuliah
    Cinta monyet atau cinta antara rakan sekuliah tidak menjadi kesalahan tetapi cinta antara tenaga pengajar boleh membawa kepada dua situasi persimpangan juga kesan kepada pelajar atau sebaliknya. Jika perhubungan cinta antara tenaga pengajar dan pelajar ini berlandaskan dengan rasa hormat, rasional dan membantu dalam peningkatkan kualiti prestasi pelajar, rasanya tidak menjadi masalah kerana wujudnya keuntungan kepada pelajar dan tenaga pelajarnya sendiri. Tetapi jika hubungan tersebut sekadar permainan perasaan yang melekakan dan diiringi bebayang nafsu tanpa pedoman akal, cinta kuliah patut anda elakkan sama sekali. Nasihat, sebelum melainkan lebih jauh fikirkan sedalam dalamnya badai risiko yang bakal datang melanda.

    5.Cinta majikanya
    Ruang pejabat bukan sekadar jentera penggerak kerjaya seharian. Pejabat dan kerjaya antara babak kehidupan senuhan pengaruh peribadi seperti cinta. Lapan jam yang kita habiskan di pejabat bukan sahaja diisi padat dengan aktiviti kerjaya, malah juga warna kehidupan semasa. Kisah asmara pejabat paling klise adalah hubungan cinta antara najikan dan pekerja. Selain menjai buah mulut rakan sejawat dan pekerja juga mendatangkan kesan negative kepada prestasi mutu tugasan dan tentu sekali sikap professionalisme dalam kerjaya sukar dicapai.

    6.Cinta sejenis
    Mana2 agama anutan tidak merestui hubungan cinta sejenis. Memang benar, cinta itu buta dan tiada sempadan usia,jantina atau taraf tetapi menjalinkan hubungan sejenis seharusnya dielakkan. Hubungan sejenis bukan sahaja menjadi vector sebarang penyakit seksual malah perjalanan cinta yang sebegini tidak menjanjikan cinta sama sekali penghujung yang membahagiakan. Sama ada anda atau si dia pasti salah seorang daripada kalian yang akan memilih haluan sendiri untuk kembali ke pangkal jalan demi membina sebuah keluarga bahagia yang sempurna.

    7.Cinta debunga
    Umpama debunga berterbangan, demikian lah nasib dan takdir cinta yang anda miliki jika terjerumus ke dalam kancah cinta percintaan sebegini. Jika banteng kesabaran anda kukuh dan usaha anda menambat hati pasangan berterusan anda pasti Berjaya terus berkelana. Namun, jika sepanjang jalinan kasih asmara anda tidak pernah berada di dalam hatinya, ada baiknya tinggalkan saja si dia. Cinta seperti ini perlukan azam dan semangat juangyang kental untuk terus bertaktha.

    8.Cinta kilat
    Biarpun hadirnya sepantas halilintar yang menyambar ada baiknya anda sentiasa bersikap waspada kepad individu yang menawarkan anda dengan cinta sebegini. Meski proses jatuh cinta agak subjektif dan tiada sebarang aturan atau turutan tertent, namun agak mustahil jika sekilas lirikan mata, beberapa hari selanjutnya si dia menyatakan perasaan cintanya kepada anda. Tidak masuk akal bukan? Setidak-tidaknya jika benar jatuh cinta pandang pertama sekalipun pasti anda dan dia saling ingin menikmati ruang masa untuk kenal mengenali, memahami atau paling tidak sekadar memenuhi ruang hati yang kekosongan dan bersifat sementara. Sepertimana pantasnya ia datang, begitu juga pantasnya ia diakhiri.

    9.Cinta nafsu
    Cinta yang lahir daripada pandangan berahi. Cinta nafsu sangat licik. Mangsa kepada cinta seperti ini lazimnya tergolong daripada individu yang lemah dengan kata-kata pujian yang melekakan, sanjungan dan pujukan rayu yang bias meluluhkan perasaan juga sensual godaan paling hangat. Cinta sesikap dan perti ini mampu mengkhayalkan dan melekakan. Jika anda alpa dan mudah tergoda, nescaya maruah diri akan tergadai. Jangan sekali menyerah diri menjadi mangsa kepada kepada percintaan seumpama ini kerana apa yang pasti, anda tidak ubah menempah takdir bidalan habis manis sepah dibuang.

    10.Cinta obsess
    Percintaan obsess yang sering menjadi perumpamaan betapa setianya pasangan kekasih sehinggakan sanggup mati bersama. Menyintai dan dicinta memang mengasyikkan tetapi jangan sesekali menunda perasaan yang sangat obsess. Komited dengan percintaan memang perlu tetapi biarlah berpada-pada. Cinta obsess adalah perasaan cinta yang tidak berlandaskan rasional akal sebaliknya mempertaruhkan perasaan., hati dan jiwa sepenuhnya. Cinta mendahului semua subjek kehidupan antara petanda anda telah dikuasai cinta secra total sehinggakan kelakuan anda kelihatan ganjil di mata umum. Elakkan daripada terlalu mengagungkan cinta dan pasangan kerana sekiranya cinta tidak kesampaian, kemungkinan kita terlibat dengan gejala negative tentu sekali sangat tinggi.

Monday, January 19, 2009

LUKA LAMA

Ku rentangkan hati
ku balut luka lama saat kau pergi
Ku tegarkan diri
walau bayangmu hadir di setiap mimpi
Oh haruskah
ku benamkan diri meratapi
tenggelam sesali yang terjadi
tersiksa bersama hampa......asa...Oh
kini….ku hanya ingin lupakan semua
mengenangmu menyesakkan jiwa
kan ku hapus air mata
hingga ku dapat sembuhkan luka

Ku coba hadapi
walau pahit terasa di relung hati
Harus ku lewati
seakan semua tiada pernah terjadi

Semoga kelak lupakan semua
mengenangmu menyesakkan jiwa
kan ku hapus air mata
hingga ku dapat sembuhkan luka