CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Monday, November 17, 2008

BERMAIN KAYU TIGA?? LAMBAT LAUN KETAHUAN JUA




SEPANDAI-PANDAI TUPAI MELOMPAT AKHIRNYA JATUH KE TANAH JUA. PUITIS SEKALI ORG KITA ,KAYA KIASAN DAN METAFORA. NAMUN, KERANA SERING BERKIAS-KIAS DARI SITULAH KITA TAHU ORANG MELAYU INI MEMANG TIDAK PANDAI BERCAKAP SECARA TERUS TERANG. SEGALA-GALANYA HARUS DISOROKKAN DAN DISEMBUNYIKAN.NAH, BERCAKAP FASAL MENYOROK DAN MENYEMBUNYIKAN INI, ORANG MELAYU JUGA AGAK ARIF DALAM PERKARA INI TETAPI BELUM LAGI BENAR-BENAR MENGUASAI TEKNIKNYA.TAPI RESAM KITA DI DUNIA, SUKA MENCUBA YANG SUSAH DAN BERBAHAYA.TAK CUKUP SATU MAHUKAN DUA. KALAU DAPAT HENDAKKAN TIGA!BEBERAPA PEMBAYANG BUAT MEREKA YANG MERAGUKAN KESETIAAN KEKASIH MASING-MASING.ARE YOU REALLY APRIL'S FOOL?ADAKAH ANDA DIDUAKAN ATAU DITIGAKAN?



SERING MUNGKIR JANJI

  • Sedangkan dalam agama sendiri kita di ajar bahawa, orang yang mungkir janji sama sekali tidak boleh dipercayai .Kalau Tuhan sudah warkahkan amaran ini, ambillah perhatian.Apabila sudah mula memungkiri janji, selidiklah sebab munasababnya.Lelaki mahupun wanita, semuanya mampu menipu dan memungkiri janji.Orang yang setia pada cinta akan kotakan janjinya.Melainkan ada agenda tersembunyi.Kenapa tiba-tiba dia jadi begini?Pasti ada kisahnya.Itu tugas anda untuk menyoal-siasat.

BANYAK BERALASAN

  • Pada mulanya, dia mungkir janji dan sekarang setelah gagal mengotakan dia taburkan segunung alasan.Orang yang curang pasti bijak berhujah-madah kalau tidak pecah tembelangnya nanti.Pasti dapat mengecam sekiranya kekasih anda menipu apabila dia mula memberikan bermacam-macam alasan yang aneh dan pelik untuk setiap pertanyaan yang diajukan.Cerita-cerita basi seperti bateri abis,terlupa...,i was very busy,dan sebagainya akan sering keluar dari mulutnya.Terpulang pada diri anda untuk mempercayai atau tidak tapi berhati-hati.

PERCANGGAHAN FAKTA

  • Setelah termungkir janji, alasan dipersembahkan namun entah mengapa alasan yang diberikan sering bercanggah.Semalam dia kata lain, hari ini lain lagi.Yang mana satu yang benar?Oranf yang berbohong biasanya akan terlupa apa yang dibohongkan.Itulah kuasa tuhan.Apabila terperasan bahawa alasan yang diberikan kerap sekali bercanggah dengan kenyataan-kenyataan yang diberikan sebelum ini,tolonglah berhati-hati.Sebaik mana pun orangnya, dia mampu memberikan kejutan yang kurang menyenangkan.Air yang tenang disangka tiada buaya!

GUGUP BILA DIAJUKAN PERTANYAAN

  • Oleh sebab dia suka beralasan, pasti anda sering di ajukan pertanyaan.Tapi jika dia menghadapi kesukaran untuk menjawab soalan-soalan dengan cepat dan tenang.Kemungkinan besar dia sedang menyembunyikan sesuatu.Kalau dia sering gugup semasa menjawab dan terpinga-pinga tatkala hendak mengeluarkan jawapan kepada soalan anda.Siasatlah dengan segera.Takkan soalan biasa pun pun sampai tergagap-cungap hendak menjelasakannya.Melainkan memang ada rahsia yang perlu dibongkarkan.

KERAP LEWAT

  • Lewat untuk temu janji, lewat pulang ke rumah, lewat ke kelas atau lewat ke pejabat.Pendek kata lewat untuk segala-galanya.Ke mana dia pegi dan apa yang dia lakukan?Soalan demi soalan bermain-main di benak fikiranmu.Perkara seperti ini tidak boleh dibiarkan begitu sahaja.Lagipun anda bukan nak menyibuk cuma bimbangkan kekasih.Adakah dia perlukan bantuan,adakah dia sakit atau apa?Itu saja kalau dia tidak apa-apa yang ingin diselindungkan dia tidak takut untuk memberitahu perkara sebenar.Kalau benar kelewatan yang sering berlaku ini.Harap-harap sebabnya tidak mengecewakan.

SUKAR UNTUK DIHUBUNGI

  • Tiap kali anda mendail nombor telefonnya dia tidak menjawab.Tiap kali anda ke rumahnya dia tiada dan bila bertanya kepada ahli keluarganya serta rakan-rakannya,semua mengatakan yang mereka tidak tahu dia dimana?Tidakkah timbul kemusykilam di pelosok hati?Kenapa susah sangat untuk menghubungi kekasih sendiri.Lebih mencurigkan bila dia berikan alasan lain seperti dia tidak ada telefon.Sampai begitu sekali.Come on,you are not that stupid or are you?Memang benar kerana cinta,mata hati pun rasa menjadi buta tapi janganlah terlalu mudah mempercayai.Berfikir lah sedikit.Logik atau tidak kekasih sendiri bagi alasan sebegini pada zaman teknologi yang serba moden dan canggih ini?Fikirkan.

KAWAN BIASA

  • Semenjak kebelakang ini,dia banyak menghabiskan masa besama seorang kawan.Setiap kali anda tanya dengan siapa dia makan tadi,dia kata dengan kawan.Malah hampir semua perkara dia lakukan dengan kawan ini.Apa yang hendak kamu cemburukan?Menurut buah hati kamu, itukan seorang kawan biasa sahaja?Atau mungkin juga tidak.Bila anda sudah mula berasa syak wasangka,berikhtiar lah untuk mencari jawapannya,supaya hilang rasa ragu-ragu itu.Memang tidak salahnya berkawan.Kadang kala bukan dia yang menggoda tapi dia yang digoda oleh kawan tersebut.Sungguhpun begitu,bertepuk sebelah tangan tak mungkin berbunyi, jadi kalaupun kekasihmu diburu seseorang dia haruslah pandai mengelak dan bukan mengambil kesempatan.

0 comments: