CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Tuesday, November 11, 2008

WALAUPUN DIA BEGITU,KAMU MASIH SAYANGKAN DIA


TIADA MANUSIA YANG SEMPURNA.SEMUANYA SERBA
KEKURANGAN BAIK LELAKI ATAUPUN PEREMPUAN.APAKAH
PERANGAI WANITA YANG LELAKI KURANG SENANGI DAN
MENYAMPAH?

Memang benar, tidak ada manusia yang sempurna.Tuhan menjadikan kita dengan beberapa kekurangan namun kita masih boleh meneruskan hidup tanpa kesempurna sejati.Lagipun, dunia ini akan hilang tarikannya jika semuanya sempurna.The world would be so boring if everything was perfect.Ada beberapa stereotaip tentang wanita yang malas dilayan para jejaka.Apakah di antara perkara-perkara tersebut?

MEMBEBEL DAN BERLETER

  • Satu dunia tahu tentang kehebatan wanita membebel.Oh, sebaris ayat shaja kadang kala sudah boleh menghiris kepingan tentang lelaki.Agak misteri fenomena ini tetapi tiada siapa yang tahu dari mana datangnya sifat tersebut.Biarpun masalah yang ingin di bualkan kecil dan sama sekali tidak mengganggu paksi bumi, orang perempuan pasti berjaya menjadikannya satu kes besar sehingga kecoh satu dunia.Mereka tidak akan berhenti mengulanginya selagi penyelesaian belum ditemui.Rimas juga jika terpaksa berhadapan dengan leteran bebelan sepanjang hari.

KUAT MERAJUK

  • Wanita memang istimewa dicipta Tuhan begini. Mereka sangat sensitif dan amatlah mudah tersinggung.Kadang-kadang mereka merajuk tak bersebab dan kita orang lelaki bingung berfikir.Apa yang telah aku buat? Tiba-tiba sahaja dia marah atau lebih aneh menangis.Adakah aku tersalah kata?Ini susah untuk dibendung kerana orang perempuan selalu menganggap yang lelaki perlu tahu sendiri tanpa mesti diberikan penjelasan.Seringkali lebih mudah buat si lelaki untuk meminta maaf sahaj walaupun tidak tahu apa kesalahannya.Barangkali,inilah satu-satunya cara untuk satu-satunya cara untuk mengelak dari kekasih terus merajuk.

SYAK WASANGKA DAN BURUK SANGKA

  • "Knp tak angkat telefon?Awak keluar dengan perempuan lain ya?".Begitu sempat kita berikan penerangan, dia sudah berfikir yang bukan-bukan.Biasalah, wanita juga terkenal sikap insecure mereka. Mudah sekali mereka syak wasangka. Jika pulang lewat atau apa sahaja terjadi, fikiran mereka memberikan gambaran yang lain.Ya, mungkin juga kerana lelaki terkenal dengan sikap curang mereka. Tapi, bukan semua lelaki begitu. Jika dia benar-benar sibuk atau keretanya rosak bagaiman? Orang wanita perlu lebih tenang dan jangan terburu-buru dalam menuduh atau mengeluarkan kata-kata.

MEMBAZIR

  • Naluri berbelanja orang wanita agak susah untuk dibendung. Semuanya cantik dan semuanya mahu dibeli.Alamat susahlah orang lelaki yang berpendapatan rendah dan mempunyai kekasih yang kuat membazir. Sedangkan lelaki kaya pun mengeluh bila pasangannya seperti ini, apalagi mereka yang tidak berduit dan kurang berharta.Bagaimana hendak menghalang wanita berbelanja?Mereka sukakan benda-benda yang mahal berharga,emas,berlian,intan dan permata.Sabar sahajalah lelaki semua.

GOSIP BERJANGKIT

  • Hobi wanita yang ini merupakan antara yang paling menarik.Berita boleh tersebar lebih cepat dari media antarabangsa di kalangan wanita,apalagi wanita zaman sekarang.Dari jiran ke jiran,pejabat ke pejabat,telefon bimbit ke telefon bimbit sungguh cepat informasi di kongsi.Bila di fikir-fikirkan, hebat juga ya?Buat penat sahaja kita membaca majalah membelek surat khabar dan menonton televisyen.Rupa-rupanya lebih bagus kalau kita dengar je gosip-gosip mak cik-mak cik seblah rumah. Mereka tahu apa yang orang lain tidak tahu.

SUKA BUAT LELAKI MENUNGGU

  • Setiap kali di jemput, mereka jarang sekali on time.Pasti masih ramai bertanya apa yang mereka lakukan berjam-jam di dalam bilik mandi atau di depan cermin.Masakan membega muka berabad lamanya?Masa itu emas sayang.Jangan lah kau biarkan buah hati mu menunggu.Jenuh rasanya.Tapi nampaknya begitulah.Wanita memang suka mengambil masa yang lama,tidak kira di mana mereka berada.


1 comments:

Princess M said...

I've commented your article in my blog :). teee heee :).I love reading your blog.Cute.