CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Wednesday, November 19, 2008

10 ANGANAN HATI WANITA TERHADAP LELAKI


  1. "Kami mahukan lelaki yang menjadi pendengar yang prihatin dan sedia.Lazimnya,kerana sifat lelaki yang sering ambil ringan luahan atau bicara kami menjadi punca kami membebel atau mengomel.Jadi jangan sewenangnya menuduh kami sebagai juruhebah tidak bertauliah sedangkan lelaki tidak pernah sedar akan kesilapan mereka."

  2. "Sebagai pasangan berikan kata-kata semangat dan pujukan penuh nasihat kepada kami tatkala berhadapan dengan sebarang masalah.Itu lebih bermakna berbanding membiarkan kami bersendirian atau meminta perhatian daripada teman-teman sebaya yang lain."

  3. "Duhai lelaki, berikan kami sedikit hak kebebasan memilih atau membuat keputusan dalam memenuhi keinginan hati."

  4. "Jangan terlalu pantas membuat penilaian atau mempertikaikan apa yang kami lakukan tanpa pertimbangan akal yang wajar."

  5. "Isu ketampanan wajah atau rupa boleh kami mempertimbangkan sekiranya lelaki cermat dalam soal kebersihan diri,kelihatan sopan dan mempamerkan keperibadian yang menyenangkan."

  6. "Kami lebih menyenangi kehadiran lelaki yang tidak terlalu berkira dengan wanita sepertimana lelaki tidak berkira ketika bersama teman-temannya."

  7. "Fikirkan juga rutin kehidupan kami yang bekerjaya.Sikap timbangrasa dan memahami amat kami hargai.Apa salahnya jika menjadikan warung makan sebagai dapur kedua jika masing-masing kelewatan dan keletihan."

  8. "Wanita juga perlukan masa bersosial dengan teman sebaya,menikmati dan meraikan hidup sama sekali seperti lelaki.Tolong singkirkan rasa cemburu buta dan yakinlah perasaan kami kepada anda."

  9. "Cuba bayangkan makhluk bernama lelaki tanpa sifat baran,suka memberontak atau suka membantah sebaliknya menuruti,memahami dan memenuhi impian kami sebagai pasangan."

  10. "Kami memerlukan lelaki yang kami cintai menjadi pencinta yang setia,tidak mudah berpengaruh dengan anasir negatif lelaki negatif ataupun kawan perempuan yang suka memburukkan teman wanita kerana lelaki lebih memahami siapa teman wanitanya serta bertanggung jawab melindungi dan menjaga perasaan kami.Kami amat menghargainya."

1 comments:

Sofia said...

thanx for following my blog