CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Thursday, November 20, 2008

KAWAN ATAU KEKASIH ??


BAGAIMAN LELAKI MEMBEZAKAN KAWAN WANITA DAN TEMAN WANITA?ADAKAH TERDAPAT PERBEZAAN DALAM CARA LELAKI MELAYAN MEREKA?


CARA PERTUTURAN

Ada orang lelaki yang akan berbual dengan wanita secara lemah-lembut.Kononnya semulajadi.Biasanya perkara ini tidak disengajakan tapi boleh juga ia sesuatu yang tersengajakan.Dengan kawan perempuannya pun dia bermanja-manja dan bersayang-sayang di telefon atau sms dan kadang kala kita susah untuk mengenal pasti dengan siapa dia berbicara dengan kawan atau kekasih?PAsti teman wanita akan berasa kurang selesa mendengar perbualan telefon sebegitu dan kawan-kawan perempuannya pula bakal tersalah tafsir.


MENGHABISKAN WAKTU BERSAMA

Memanglah nama manusia menghabiskan masa bersama kawan dan orang tersayang tapi bagaimana pula jika seorang lelaki lebih banyak menghabiskan masa bersama kawan perempuannya berbanding teman wanitanya sendiri?Siapa tak cemburu dan siapa yang tak marah?Dan itu mampu membuatkan kawan wanita mereka serba salah dan bagi yang tidak merasa serba salahnya,mereka adalah jenis perempuan yang suka mengambil kesempatan.Namun jika perasaan terhadap lelaki tadi banyak yang terjadi.Kalau si kawan sudah menyalah anggap layanan daripada kawannya tadi dan mula menyimpan harapan untuk menjalinkan hubungan cinta,alamat rumitlah keadaan.


MEMBELIKAN HADIAH

Alangkah bertuah dan bagusnya jika mendapat seorang lelaki yang rajin malah gemar memberikan hadiah.Tapi kalau hadiah senang diberikan kepada kawan-kawan perempuannya mungkin akan timbul salah paham di antara si lelaki dan kekasihnya atau lebih parah lagi hadiah buat kawan-kawan semuanya mahal dan berjenama tapi hadiah buat kekasih murah dan tak berkualiti.


MEMENTINGKAN KAWAN DARI KEKASIH

"Eh,cepat la saya dah janji ngan member ni!" Apakah reaksi wanita jika teman lelakinya berkata begitu kepada dirinya?Lebih-lebih lagi apabila si dia ingin sangat jumpa member dia tu adalah seorang perempuan!!!Pasti cemburu habis.Lelaki yang seperti ini perlu tahu membezakan kawan dan kekasih.Sungguh pun kawan tadi seorang kawan karib tapi adakah dia sanggup menyakitkan hati orang yang di cintai?Kalau benar sayangkan kekasih takkan sampai begitu?Melainkan kalau dia sebenarnya bermain kayu tiga.Nah ini dah jadi cerita lain.Kisah lelaki gatal yang tak cukup satu!!Jangan sampai yang dikejar tak dapat yang dikendong tercicir.


SERING MEMBANDINGKAN KAWAN DAN KEKASIH

Perbuatan ini pasti sangat menjengkelkan.Masakan tiap kali kekasihnya melakukan sesuatu dia bandingkan perilaku kekasihnya dengan kawan perempuannya.Daripada perkara yang paling kecil dan remeh-temeh hinggalah yang paling besar semuanya dibezakan dan dipertikaikan.Tiada teman wanita yangmahu mendengarnya teman lelakinya merungut kata-kata seperti "Awek orang lain xmacam u.Semua nak amik tau.Semua nak menyibuk."Kasihan.


LAYANAN ISTIMEWA

Walaupun kita lebih terbuka zaman sekarang,namun ini tidak bermakna anda boleh berpeluk-pelukan dan sama-sama berbaring dengan kawan-kawan perempuan anda.Mungkin di barat ini suatu perkara biasa.Di sana,teman wanita mungkin boleh melihat kekasihnya berpelukan dan bermanja dengan seorang wanita lain sekiranya wanita itu sahabat karibnya tapi janganlah kita lupa ini Malaysia bkn U.S.Namun perasaan syak wasangka juga mingkin timbul.Apalagi di negara kita berlaga pipi saja dah heboh satu dunia.Jadi para jejaka kalau kekasih kurang suka melihat atau mendengar kemesraan diantara kamu dan member-member yang bermanja-manja,berdarling darling dengan member perempuan lain (biarpun dia sahabat terbaik didunia dan akhirat),janganlah lakukannya.Bagi perempuan pula,jagalah adab kamu,jangan pula kamu dicop sebagai piahk yang merosakkan hubungan orang (senang digelar sebagai PERAMPAS).Jagalah hati si dia.

0 comments: