CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Tuesday, November 18, 2008

9 TAKTIK RAMPAS SI DIA



JANGAN CARI DIMANA KESILAPAN KAMU.YANG PENTING KAMU MESTI BANGUN MENAKLUKI SEMULA HATINYA DARIPADA GENGGAMAN SI PERAMPAS ITU!






  1. Pupuk minat dan turut serta dalam hobinya.Mungkin agak membosankan jika kamu terpaksa menemaninya menonton perlawanan bola tetapi apa salahnya sesekali kamu bersikap hipokrit.Ikutilah serba sedikit perkembangan bola agar kamu boleh turut berkongsi minat dengannya.

  2. Tamabahkan pengetahuan tentang kerjaya dan topik yang gemar dibincangkan si dia.Jika si dia suka membincangkan tentang dunia politik, buat-buat minat mendengar hujahnya dan beri pendapat kamu setakat yang termampu.Begitu juga tentang kerjaya.Ambil tahu bidang dan tugasan beliau.

  3. Jika si dia seperti mahu tidak mahu sahaja dengan kamu, jangan merepek.Sebaliknya,tunjukkan kematangan dan profesional kamu dalam mengawal keadaan.Ini bagi mengelakkan si dia mencari salah dan silapmu.Banyakkan bersabar dan bertolak ansur agar semuanya keadaan baik.

  4. Segarkan kembali ingatannya terhadap perkara-perkara romantis yang pernah kamu lalui bersama semasa hangat bercinta dulu.Contohnya,menyimpan tiket wayang yang pernah ditonton bersama atau tunjukkan semula gambar-gamabar yang pernah dirakam dulu.

  5. Sentiasa tampil menawan dan tonjolkan kelebihan diri.Pastikan kamu sentiasa menjaga ke arah kamu tentu si dia cemburu.Beritahu juga yang kerja kamu mendapat pujian bos.Ini bagi membuka mata si dia tentang kehebatan kamu.
  6. Jalinkan hubungan baik bersama ibu,adik atau teman-temannya.Cara ini sebenarnya paling bijak mengikat si dia agar tidak mensia-siakan kamu.Ini disebabkan kamu terlalu rapat dengan orang yang dia sayangi.Jika dia menyakiti kamu,samalah seperti dia menyakiti insan-insan yang di sayangi itu.
  7. Walaupun mungkin terpaksa menipu tetapi apa salahnya jika kamu katakan yang kononnya ada seorang lelaki di tempat kerja seperti menyukai kamu.Pada masa yang sama katakanlah yang akmu tidak mungkin tergoda kerana kamu seorang yang setia dan tidak mungkin berlaku curang.Tentu si dia akan terasa pedasnya.
  8. Sentiasa bersedia menghulurkan bantuan.Misalnya si dia terlupa membeli hadiah hari jadi kawannya,telefon si dia dan katakan yang kamu akan membelikan untuknya.Bantulah apa yang terdaya.Buat si dia terhutang budi dengan kamu.Pada masa yang sama,dia akan rasa selamat jika kamu disampingnya.
  9. Buat kejutan untuknya.Mungkin selama ini,hubungan cinta kamu berjalan mendatar dan membosankan.Lelaki sentiasa mahukan sesuatu yang segar dan tidak terduga dari kamu.Mungkin hadiah sepasang kasut but dr nike yang diidamkan selama ini. Adakala cinta juga perlukan pengorbanan dan pelaburan.Kalau selama ini asyik dia saja yang memberi kamu patut fikirkan.

0 comments: